MohNikoh

Perkahwinan


Pengenalan Perkahwinan

Perkahwinan adalah satu sunnah yang amat digalakkan dalam Islam

  • “Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuik kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan di antrara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir (ar-Ruum : 21)
  • “Perkahwinan itu adalah sunnahku barangsiapa yang membenci sunnahku maka ia bukan dari umatku” HR. Bukhari [5063] dan Muslim [1401]

Matlamat Perkahwinan

Didasari kepada tiga asas utama

  1. Mewujudkan ketenangan (sakinah)
  2. Mewujudkan kasih sayang (mawaddah)
  3. Mewujudkan belas ihsan (rahmah)

Kewajipan dan Tanggungjawab

Suami

  • Menunaikan Hak Allah SWT
  • Memberi Nafkah
  • Membimbing Isteri Melakukan Perkara Makruf Dan Meninggalkan Perkara Mungkar
  • Berlaku Adil Sekiranya Berpoligami
  • Melayani Isteri Dengan Makruf (baik)
  • Memberi Perlindungan/Keselamatan

Isteri

  • Menunaikan Hak Allah SWT
  • Mentaati Suami Dalam Perkara Yang Tidak Bertentangan Dengan Syarak
  • Melayan Suami Dengan Makruf (Baik)
  • Menghias Diri Untuk Suami
  • Memelihara Kehormatan
  • Diri Dan Harta Suami
  • Mengasuh anak

Tanggungjawab Bersama

  • Saling Menyayangi Dan Mengasihi
  • Bekerjasama
  • Amanah
  • Bermesra
  • Menghormati Pasangan Dan Persemendaan
  • Merancang Bersama Bagi Kesejahteraan Keluarga
  • Saling Berbincang
  • Mendidik Anak-Anak
  • Mengurus Rumahtangga
  • Menjaga Maruah